CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 11 April 2012

JAWAPAN MINGGU 7 -APLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT-

Minggu          : 7
Tarikh             : 6 MAC 2012
Masa              : 10.30-1.30 TENGAH HARI
Topik              : Mengapikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam
  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Soalan           : 1. Konsep Model Pemprosesan Maklumat.
  2. Jenis-jenis model yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.
-       Model Assure
-       Model Addie
-       Model Pendekatan Sistem Dick dan Carey 
-       Model Hanaffin dan Peck
-       Model Hipermedia
-       Model Konstruktivisme
-       Model Teori Behaviourisme
           
Jawapan        :
1.    Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrieval. Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Galbraith, 1994). Mengikut model pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga mode tersebut terdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang.

2. Model Pembelajaran
Ø  Model Assure
Model ASSURE mengandungi enam langkah: analisis ciri pelajar, nyatakan objektif, pilih media dan bahan, gunakan media dan bahan, libatkan pelajar, nilai dan semak semula media dan bahan. 


 
 1. Analisis ciri pelajar.
a)     Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi,
b)     Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar.   

2. Nyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus.
a)     Objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.
b)     Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati. 

 3. Pilih media dan bahan.
Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. 

 4. Gunakan alat/bahan pengajaran.
a)     Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.
b)     Kemudian sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan.
c)      Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar.
d)     Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyata­kan tujuan dan objektif pembelajaran.
e)     Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan media? Sebagai penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran? 

 5. Libatkan pelajar.
    Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti mem­buat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagai­nya. Aktiviti pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta?merta diberi selepas pelajar memberi tindak  balas yang betul (Skinner, 1954). 

 6. Nilai dan semak semula bahan.
Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu soalan berikut harus difikirkan:
  •  Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai?
  • Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran-pembelajaran? Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul?
  • Adakah suasana pembelajaran selesa?
  • Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi?

Ø  Model Addie
Model ini lebih bersifat generik iaitu model ADDIE (Analysis-Design-Develop-Implement-Evaluate). ADDIE muncul pada tahun 1990-an yang dikembangkan oleh Reiser dan Mollenda.Salah satu fungsinya ADIDE ialah menjadi pedoman dalam membangun perangkat dan infrastruktur program pelatihan yang efektif, dinamis.
Model ini menggunakan 5 tahap pengembangan:
1. Analysis (analisa)
2. Design (perancangan)
3. Development (pengembangan)
4. Implementation (implementasi/eksekusi)
5. Evaluation (evaluasi/ umpan balik)

Langkah 1: Analisis
Tahap analisis merupakan suatu proses mendefinisikan apa yang akan dipelajari oleh peserta belajar, iaitu melakukan needs assessment (analisis keperluan), mengidentifikasi masalah (keperluan), dan melakukan analisis tugas (task analysis). Oleh itu, output yang akan kita hasilkan adalah berupa karakteristik atau profile calon peserta belajar, identifikasi kesenjangan, identifikasi keperluan dan analisis tugas.

Langkah 2: Design
Tahap ini dikenal juga dengan istilah membuat rancangan (blueprint). Ibarat bangunan, maka sebelum dibangun gambar rancang bangun (blue-print) diatas kertas harus ada terlebih dahulu. Apa yang kita lakukan dalam tahap desain ini? Pertama merumuskan tujuan pembelajaran yang SMAR (spesifik, measurable, applicable, dan realistic). Seterusnya menyusun teks, dimana  teks tersebut harus didasarkan pada tujuan pembelajaran yag telah dirumuskan tadi. Kemudian tentukanlah strategi pembelajaran yang tepat harusnya seperti apa untuk mencapai tujuan tersebut. Dalam hal ini ada banyak pilihan kombinasi metode dan media yang dapat kita pilih dan tentukan yang paling relevan. Disamping itu, pertimbangkan pula sumber-sumber lain, contohnya sumber belajar yang relevan, lingkungan belajar yang seperti apa seharusnya, dan lain lain. Semua itu tertuang dalam sautu dokumen bernama blue-print yang jelas dan rinci.

Langkah 3: Perkembangan
Perkembangan adalah proses mewujudkan blue-print alias bentuk tadi menjadi kenyataan. maksudnya, jika dalam bentuk diperlukan suatu software berupa multimedia pembelajaran, maka multimedia tersebut harus dikembangkan. Atau diperlukan modul cetak, maka modul tersebut perlu dikembangkan. Begitu pula halnya dengan lingkungan belajar lain yang akan mendukung proses pembelajaran semuanya harus disiapkan dalam tahap ini. Satu langkah penting dalam tahap pengembangan adalah uji coba sebelum diimplementasikan. Tahap uji cuba ini memang merupakan bahagian dari salah satu langkah ADDIE, iaitu evaluasi. Lebih tepatnya evaluasi formatif, karana hasilnya digunakan untuk memperbaiki sistem pembelajaran yang sedang kita kembangkan.

Langkah 4: Implementasi
Implementasi adalah langkah nyata untuk menerapkan system pembelajaran yang sedang kita buat. Maksudnya, pada tahap ini semua yang telah dikembangkan di instal atau diset sedemikian rupa sesuai dengan peran atau fungsinya agar bisa diimplementasikan.
Sebagai contoh, jika memerlukan software tertentu maka software tersebut harus sudah diinstal.

Langkah 5: Evaluasi
Evaluasi adalah proses untuk melihat apakah sistem pembelajaran yang sedang dibangun berhasil, sesuai dengan harapan awal atau tidak. Sebenarnya tahap evaluasi bisa terjadi pada setiap empat tahap di atas. Evaluasi yang terjadi pada setiap empat tahap diatas itu dinamakan evaluasi formatif, karena tujuannya untuk keperluan revisi. Misal, pada tahap rancangan, mungkin kita memerlukan salah satu bentuk evaluasi formatif misalnya review ahli untuk memberikan input terhadap rancangan yang sedang kita buat. Pada tahap pengembangan, mungkin perlu uji cuba dari produk yang kita kembangkan atau mungkin perlu evaluasi kelompok kecil dan lain-lain

Ø  Model Pendekatan Sistem Dick dan Carey 
Salah satu model desain pembelajaran adalah model Dick and Carey (1985). Model ini termasuk ke dalam model prosedural. Langkah–langkah Desain Pembelajaran menurut Dick and Carey adalah:
a. Mengidentifikasikan tujuan umum pembelajaran.
b. Melaksanakan analisis pembelajaran
c. Mengidentifikasi tingkah laku  dan karekter murid
d. Merumuskan tujuan performansi
e. Mengembangkan butir–butir pembelajaran
f. Mengembangkan strategi pembelajaran
g. Mengembangkan dan memilih materi pembelajaran
h. Membentuk dan melaksanakan evaluasi formatif
i. Merevisi bahan pembelajaran
j. Membentuk dan melaksanakan evaluasi sumatif

Model Dick and Carey terdiri dari 10 langkah. Setiap langkah sangat jelas maksud dan tujuannya sehingga bagi perancang pemula sangat sesuai sebagai dasar untuk mempelajari model yang lain. Kesepuluh langkah pada model Dick and Carey menunjukan hubungan yang sangat jelas, dan tidak terputus antara langkah yang satu dengan yang lainya. Dengan kata lain, system yang terdapat pada Dick and Carey sangat ringkas, namun isinya padat dan jelas dari satu urutan ke urutan berikutnya. Langkah awal pada model Dick and Carey adalah mengidentifikasi tujuan pembelajaran. Langkah ini sangat sesuai dengan kurikulum perguruan tinggi maupun sekolah menengah dan sekolah dasar, khususnya dalam mata pelajaran tertentu di mana tujuan pembelajaran pada kurikulum agar dapat melahirkan suatu rancangan pembangunan.

Penggunaan model Dick and Carey dalam pengembangan suatu mata pelajaran dimaksudkan agar
 (1) pada awal proses pembelajaran murid dapat mengetahui dan mampu melakukan hal–hal yang berkaitan dengan materi pada akhir pembelajaran,
 (2) adanya pertautan antara tiap komponen khususnya strategi pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dikehendaki,
 (3) menerangkan langkah–langkah yang perlu dilakukan dalam melakukan perancangan model pembelajaran.

Ø  Model Hanaffin dan Peck
Model Hannafin dan Peck adalah model desain pembelajaran yang terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa Analisis keperluan, fasa bentuk, dan fasa pengembangan dan implementasi (Hannafin &  Peck, 1988). Dalam model ini, penilaian dan pengulangan perlu dijalankan dalam setiap fasa. Model ini lebih berorientasi produk, melalui tiga fasa:
  1. Fasa pertama,  adalah analisis kebutuhan dilakukan dengan mengidentifikasi keperluan  dalam mengembangkan suatu media pembelajaran termasuklah di dalamnya tujuan dan objektif media pembelajaran yang dibuat, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh kelompok sasaran, peralatan dan keperluan media pembelajaran
  2. Fasa  kedua, adalah fasa perancangan, maklumat dari fasa analisis dipindahkan ke dalam bentuk dokumen yang akan menjadi tujuan pembuatan media pembelajaran. Fasa perancangan bertujuan untuk mengidentifikasikan dan mendokumenkan kaedah yang paling baik untuk mencapai tujuan pembuatan media tersebut. Salah satu dokumen yang dihasilkan dalam fasa ini adalah dokumen story board yang mengikut urutan aktif  pembelajaran berdasarkan keperluan pelajaran dan objektif media  pembelajaran seperti yang diperoleh dalam fasa analisis keperluan.
  3. Fasa ketiga adalah fasa pengembangan dan implementasi, terdiri dari  penghasilan diagram alur, pengujian, serta penilaian formatif dan penilaian sumatif.  Dokumen story board akan dijadikan landasan bagi pembuatan diagram alir yang dapat membantu proses pembuatan media pembelajaran. Untuk menilai kelancaran media yang dihasilkan seperti kesinambungan link, penilaian dan pengujian dilaksanakan pada fase ini. Model Hannafin dan Peck (1988) menekankan proses penilaian dan pengulangan

Ø  Model Hipermedia
Model ini berperanan pembelajaran boleh berlaku pada aras yang lebih tinggi seperti yang ditekankan oleh teori konstruktivisme. Model ini memberi tumpuan kepada proses pembelajaran berasaskan teknologi multi media dan internet.
 

No comments:

Post a Comment