CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 12 April 2012

JAWAPAN MINGGU 8 -PENGAJARAN ATAS TALIAN-

Minggu             : 8
Tarikh               : 8 Mac 2012
Masa               : 10.30-1.30 Tengah Hari
Topik               : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian (online) dan Luar    Talian (offline)
Soalan           :
Huraikan konsep tentang perkara-perkara dibawah ini.
1.1   Bilik darjah maya
1.2   Pengajaran secara dalam talian (online)
1.3   Pengajaran secara luar talian (offline)
1.4   Dapatkan laman web yang berkonsepkan bilik darjah  maya.

Jawapan:
1.1  Konsep Bilik Darjah Maya
Bilik darjah maya merupakan suasana pembelajaran dihasilkan dalam suatu ruangan maya. Objektif bilik darjah maya ialah untuk memperbaiki capaian  pengalaman pembelajaran  kea rah masa hadapan  Ia juga bertujuan  membolehkan  pelajar dan instruktor  mengambil bahagian dalam komuniti pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer peribadi. Bilik darjah maya juga dijangka mampu memperbaiki mutu  dan keberkesanan pendidikan menggunakan komputer untuk menyokong  proses pembelajaran kolaboratif. Konsep bilik darjah maya mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap sistem pendidikan dan ia merupakan satu revolusi baru dunia mencari ilmu dan maklumat.



Sesebuah bilik darjah Maya mungkin akan merangkumi :
  1. Aktiviti Bilik Darjah
  • Aktiviti pembelajaran individu atau kumpulan
  • Ruangan perbincangan, ruangan sembang dengan pelajar, ibu bapa dan tetamu
  • Kuiz  dan Soal selidik
  • Aktiviti kerja rumah dan pentaksiran dokumen
  • Talian sepenuh masa menerusi modul-modul kerja
  • Forum
  • Webquests, Hotlists, Scavenger Hunts

  1. Pengurusan Bilik Darjah
  • Maklumat penting kepada pelajar dan ibubapa
  • Kalendar dan jadual waktu
  • Markah pelajar, buku

1.2  Pengajaran Secara Dalam Talian (online)
Pengajaran atas talian merupakan pengajaran di mana komputer atau laptop pengguna bersambung dengan talian internet. Pengajaran ini berlangsung dengan menggunakan bahan yang ada di internet dan digunakan secara langsung setelah mengaksesnya.
Kelebihan pengajaran secara online
i. Dapat mengakses bahan dengan cepat
ii. Kepelbagaian bahan di internet
iii. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan


1.3  Pengajaran Secara Luar Talian (offline)
Pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet. Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

1.4  Contoh Laman Web Yang Berkonsepkan Bilik Darjah Maya



No comments:

Post a Comment